Qyla Husna's Stories ;
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER FOLLOW
Putus Sahabat :')
Monday 30 September 2013 - Permalink - 0 Comments



Ini bukannya putus sahabat betul2 tapi aku mahu melepaskan kamu :') Aku tak tahu hendak tafsirkan perasaan aku sama ada gembira, sedih, marah, cemburu dan lain2.. Seronoknya tengok kau bahagia dengan SAHABAT baru siap post byk gmbar di Facebook. Tetapi ada terselit beberapa perasaan sedih.. Aku tak tahu kenapa hati aku berkecai dan air mata menggatal nak turun.

hati aku ibarat kaca terhempas ke batu, tak. ibarat kaca dihempas ke batu, kamu yang hempas kaca tersebut ke batu :') Hati aku berasa sebak dan tidur tak lena. Apa maksudnya nie? Mungkin aku terlalu sayangkan kau kot hehe (ketawa kecil). Tapi nak buat macam mana, bukan jodoh kita,kan? Ingat tak? Dulu kita pernah berjanji nak berubah lebih baik dan bersahabat sampai ke syurga. Tapi sekarang, kau dh jumpa sahabat baru, mungkin dialah yang akan memimpin tangan kamu bila masuk syurga nanti, bukan aku.. Aku x sebaik kawan kamu, aku sedar. jangan sessa hati aku mcam nie :') 

Aku sayangkan kau kerana Allah. Dalam Facebook siap tulis lagi TRIPLE S = sahabat sampai syurga. aku tersenyum melihat ayat tu tapi.. hanya Allah yang tahu. Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah kerana Allah. Aku terpaksa melepaskan kamu untuk bahagia bersama kwan baru kamu, walaupun perit tetapi aku akan cuba.. Aku doakan yang terbaik untuk kamu, semoga berjaya dunia dan akhirat. Dua je aku nak minta, kalau kita akan dipertemukan semula, aku tak nak masa tu aku dah pejamkan mata. Lagi satu, kalau aku dah tak ada nanti, jangan pernah datang dekat dengan mayat aku sebab aku tak dapat mengelap air mata kamu lagi :')

Semoga berbahagia bersama sahabat baru tau dan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah :)
cerita nie mungkin berkaitan dengan Qyla ataupun tidak, fikir2kanlah :')