Qyla Husna's Stories ;
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER FOLLOW
BEWARE OF SCAMMERS! Hati2 daripada kena scam!!
Monday 29 March 2021 - Permalink - 0 Comments

Hai semua! Qyla dah lama sangat tak update blog ni. Tapi Qyla nak update jugak untuk bagi awareness dekat orang. Dekat Facebook, Qyla ada kenal dengan seorang lelaki yang kononnya berasal dari Vietnam dan tinggal di UK. Dia add Qyla kat Facebook dulu jadi Qyla pun accept jelah. Then sjak di situ kami mula chat dekat Whatsapp pulak. Waktu tu tak terfikir pape pun. Ada jugak terdetik yang dia mungkin scammer.
Jadi boleh kata setiap kali kami chat mesti dia mntak gambar sebab kata Qyla ni cantiklah apalah. Qyla pun suruhlah dia bagi gambar dia jugak kan. Total gambar yang Qylah bagi dia ada 8 gambar, Rasa menyesal pun ada. Then, suatu hari tu, dia ada cakap nak bagi Qyla hadiah. Qyla memang dah tolak dah tapi dia duk paksa2. Jadi Qyla pun bodoh pergi bagi alamat sebab yelah orang cakap "Rezeki jangan ditolak," kan? Please jangan jadi bodoh macam Qyla. Dia siap cakap lagi barang akan sampai dalam 3 hari. Waktu tu dah pelik sebab yelah Qyla yang beli barang dari China pun sampai paling awal pun dalam masa seminggu. Ni dari UK sampai 3 hari. Fishy kan?

Dia sendiri cakap nanti akan ada company yang contact Qyla. Dia claim nama company tu ialah "Logistics Express Delivery Service". And dia cakap Qyla akan dikenakan custom charges padahal kalau dia belikan kita barang dan hantar kat kita, dia sepatutnya dah bayarkan sekali. Tapi takpe. Qyla waktu tu just tunggu je 3 hari tu.

Waktu yang ditunggu telah tiba. 'Company' tu memang ada contact Qyla pukul 7 pagi dekat whatsapp. Dia cakap kalau Qyla tak bayar custom charges, Qyla takkan dapat package yang laki tu hantar. So Qyla pun tanyalah berapa kan. Tup tup Qyla kena bayar RM2.8K! Gila, kan?! Qyla masih student kot. Mana ada duit sebanyak tu! Apa lagi, Qyla terus cakap Qyla takkan bayar sesen pun! Tak guna nak scam orang! Orang tu pun mrahalh, cakap Qyla takkan dapat package tu. Qyla apa lagi. Qyla cakaplah Qyla tak heran kalau tak dapat sebab bukan duit Qyla pun lol.

Waktu ni si scammer ni memang cuba nak guna reverse psychology kat Qyla. Memang silap lah. Qyla jenis tak gelabah and akan psycho balik. Bila diorang tak berjaya, Nak tahu apa depa cakap? Depa ugut nak bagitahu polis sebab Qyla taknak bayar lah apalah. Ni memang taktik biasa scammer. Mesti ugut dengan guna nama polis. Time ni korang jangan gelabah. Alhamdulillah Qyla bukan jenis gelabah. SO Qyla cabar diorang untuk bagitahu polis sebab depa takkan bagitahu pun sebab Qyla tak bersalah and ada bukti segala chat laki takguna tu yang kononnya nak belikan hadiah untuk Qyla.

Ada beberapa cara untuk kenalpasti scammer ni :
  1. Mereka guna broken English. Percaya cakap Qyla kebanyakan scammer memang guna broken English. Basic English pun kelaut. Jadi kalau ada orang tu claim duduk dekat UK, US dan sebagainya tapi guna broken english. Kemungkinan besar itu scammer.
  2. Mereka takut nak video call. Setiap kali ajak untuk video call, mesti diorang akan bagi alasan. Sebab apa? Sebab diorang guna gambar orang lain. Ramai scammer sekarang guna gambar orang lain untuk catfish orang atau scam. Guna gambar perempuan cantik, lelaki hensem dan sebagainya. Jadi kena aware tau kalau diorang tak nak video call dengan korang!
  3. Diorang nak bagi hadiah. Haa yang ni memang red flag! Jangan percaya kalau ada sesiapa offer nak bagi hadiah. Senang cerita jangan percaya orang yang korang kenal online 100%.

Tu cara paling obvious untuk kenalpasti scammer sebab berdasarkan pengalaman Qyla sendiri. Qyla pun nak mintak tolong korang. Kalau korang ada jumpa mana-mana gambar Qyla di bawah, mohon report lagi2 kalau korang jumpa dekat Tinder atau Facebook dan mana2 dating apps. Qyla tak pernah guna mana-mana dating apps. Ni sebab Qyla risau scammer tu guna gambar Qyla untuk catfish orang atau scam orang. Jadi tolong sebarkan, ya? Terima kasih sangat2. Pertolongan korang amat Qyla hargai. Ni jugak sebagai pengajaran untuk Qyla agar lebih berhati2 untuk tidak share gambar kepada orang yang tak dikenali atau kenal online. Kita tidak mahu orang mnyalahgunakan gambar kita untuk kepentingan diorang sendiri. Nanti kita yang akan dapat malu dan tempias sebab gambar kita, kan?










p/s : Ni semua gambar yang Qyla hntar kat scammer tu. Jadi Qyla mintak sangat2 agar korang berhati2 jika ternampak mana2 gambar ini dekat apa2 laman sosial media seperti dating apps dan Facebook sebab Qyla tak upload gambar2 ni dekat mana2 laman sosial media walaupun satu. Lagi satu, Qyla cuma ada satu je akaun fb iaitu Aqilah Mahathir. Kalau terjumpa akaun fb guna gambar Qyla selain daripada link tersebut korang boleh bagitahu Qyla kat komen atau report je akaun tu. Trima kasih korang sebab sudi membaca. Have a nice day! Semoga kita semua terlindung daripada orang2 yang cuba menganiayai kita aamiin!





Labels: , , ,